Sabtu, 14 Mei 2011

Morfologi

morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata.
1. struktur ialah susunan bunyi ujaran / tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
2. bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal/ hasil daripada proses pengimbuhan,pengmajmukan dan penggandaan.
3. penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi.

morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil dalam bahasa dan nahu.
1. mempunyai fungsi gramatis dan sebagai nahu.

perkataan ialah bentuk bahasa terkecil.
1. mengandungi makna dan dapat berdiri sendiri.

contoh-contoh.
1. satu morfem= satu perkataan (ajar).
2. dua morfem=   satu perkataan  (meng+ajar)
3. tiga morfem=  satu perkataan (ber+kaki+kan)

imbuhan
1. perkataan-perkataan dalam bahasa boleh terdiri daripada kata dasar, iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan, atau bentuk terbitan, iaitu bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahu.
2. dalam imbuhan:
a.awalan
b. akhiran
c. sisipan
d. apitan
e. morfem kosong
f. bentuk fleksi

a. awalan 
1. awalan ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar
2. contohnya (ber+jalan)= ber merupakan imbuhan awalan. 

b. akhiran
1.akhiran ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar
2. contohnya (laut+an)= an merupakan imbuhan akhiran.

c. sisipan
1. sisipan ialah imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar.
2. contohnya (g+em_uruh)= em merupakan imbuhan sisipan pada ayat/ perkataan guruh.

d. apitan
1. apitan ialah imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan pada belakang kata dasar.
2. contohnya (ke+duduk+an)= ke.....an merupakan imbuhan apitan.

e. morfem kosong
1. ada morfem yang berubah fungsi nahunya tanpa apa-apa perubahan pada bentuknya.
2.contohnya dalam bahasa enggeris. jamak akhiran s,,menunjukkan kuantiti yang banyak( book=books).

f. bentuk fleksi
1. bentuk fleksi ialah imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu.
2. contohnya dalam bahasa enggeris. perkataan tunggal dijamakkan dengan menambahkan imbuhan fleksi pada akhiran perkataan (boy=boys) 


perkataan
1. perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.
2. perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan.
3. contohnya, +pelajar++itu++sudah++menjadi++mahasiswa+.  sempadan perkataan ini bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran dan tidak ditandai apabila menggunakan perkataan, baik dalam tulisan ataupun pertuturan.

 jenis perkataan.
a. kata tunggal
b. kata terbitan
c. kata majmuk
d. kata ganda

a. kata tunggal
1. kata tunggal ialah kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain.
2. contohnya, itu, sudah. perkataan berikut tidak mempunyai imbuhan, ini bermakna perkataan tersebut ialah kata dasar.
3. jenis kata tunggal.
a.kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat. contoh(itu,sudah,saya).
b. jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. contoh(di mana?,untuk siapa?,ke Johor).
c. kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan memebentuk satu perkataan yang utuh. contoh (Mara=Majlis Amanah Rakyat) (NATO=North Atlantic Treaty Organization).

b. kata terbitan 
1. kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, awalan,akhiran, sisipan, dan sisipan.
2. contohnya (men+dukung). perkataan dasar ialah dukung..dan melahirkan kata terbitan mendukung hasil daripada penggabungan awalan+kata dasar tadi.

c. kata majmuk
1. kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
2. contohnya. air mata
meja makan
kerani kanan
bendahari kehormat

d. kata ganda
1. kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
2. contohnya (kanak-kanak, memperkecil-kecil, bertubi-tubi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan