Selasa, 17 Mei 2011

Morfologi dan sintaksis

Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja
transitif
radio ialah objek (kata nama)

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.
(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat ) Kata kerja transitif penyambut ( Objek )
Dia suka membaca buku
Jamilah memukul seekor ular
Abidin menjual kuih-muih
Ramli berjalan ke sekolah
Kereta itu melanggar seekor lembu
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.

7.3 Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5 Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

FRASA

Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar ataupun sederetan perkataan. Contohnya:

Buku tebal itu / sudah hilang.

Inti frasa

Binaan Frasa

Terbahagi kepada 4 jenis:
Frasa Nama (FN)
Frasa Kerja (FK)
Frasa Adjektif (FA)
Frasa Sendi Nama (FS)

Frasa Nama

Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada:
a) Inti + Penerang
i. Inti + Penerang Nama
Contoh: askar Melayu, budak perempuan, gelang kaki, bilik
mesyuarat
ii. Inti + Penerang Bukan Nama
Contoh: seekor burung, kasut baharu, rumah di kampung
b) Inti + Inti
Contoh: datuk nenek, kampung halaman, pinggan mangkuk,
teruna dara
Frasa Kerja

Berfungsi sebagai predikat. Kata kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif (dengan objek) dan tak transitif (tanpa objek).
Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek tepat (objek yang pertama).
Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek sipi (objek yang kedua).

a) FK Tanpa Objek
i. FK tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan)
Contoh: Datuk sedang mandi (di sungai itu)
Emak sudah pergi (ke pasar)
ii. FK tanpa objek dengan keterangan yang (tidak boleh dgugurkan)
Contoh: Ali berada di dalam rumahnya
Sarimah menjadi penyanyi
b) FK Dengan Objek
i. FK dengan satu objek
Contoh: Saya menjawab surat itu
Penumpang itu menaiki feri
ii. FK dengan dua objek
Contoh: Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya
Kakak memasak makanan untuk kami

Frasa Adjektif

Kata adjektif sebagai kata intinya. Berfungsi sebagai:
a) FA sebagai predikat
Contoh: Suara penyanyi itu merdu
Warna bajunya kemerah-merahan
b) FA sebagai unsur keterangan (KK)
Contoh: Mereka pulang segera
Kereta bergerak terlalu laju
c) FA sebagai penerang KN dalam predikat
Contoh: Nasi lemak masakan popular
Usman Awanag Pensyair Agung
Mempunyai unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis:
i. Penguat Hadapan: paling, terlalu
Contoh: Suasana di stesen bas itu terlalu bising
ii. Penguat Belakang: sekali, benar, nian
Contoh: Buah durian yang dipamerkan itu besar sekali
iii. Penguat Bebas: amat, sungguh
Contoh: Tentera kita sungguh berani / Tentera kita berani
sungguh

Frasa Sendi Nama

Tidak ada kata inti. Terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti FN. Antara binaan FS:
a) Sendi Nama + Frasa Nama
Contoh: ke sekolah rendah
daripada kayu jati
b) Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
Contoh: ke luar jendela
dari dalam hatinya
c) Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan negara
d) Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh: di atas pangkuan ibu setiap malam
ke utara Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan.

Sabtu, 14 Mei 2011

Morfologi

morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata.
1. struktur ialah susunan bunyi ujaran / tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
2. bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal/ hasil daripada proses pengimbuhan,pengmajmukan dan penggandaan.
3. penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi.

morfem ialah unit tatabahasa yang terkecil dalam bahasa dan nahu.
1. mempunyai fungsi gramatis dan sebagai nahu.

perkataan ialah bentuk bahasa terkecil.
1. mengandungi makna dan dapat berdiri sendiri.

contoh-contoh.
1. satu morfem= satu perkataan (ajar).
2. dua morfem=   satu perkataan  (meng+ajar)
3. tiga morfem=  satu perkataan (ber+kaki+kan)

imbuhan
1. perkataan-perkataan dalam bahasa boleh terdiri daripada kata dasar, iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan, atau bentuk terbitan, iaitu bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahu.
2. dalam imbuhan:
a.awalan
b. akhiran
c. sisipan
d. apitan
e. morfem kosong
f. bentuk fleksi

a. awalan 
1. awalan ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar
2. contohnya (ber+jalan)= ber merupakan imbuhan awalan. 

b. akhiran
1.akhiran ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar
2. contohnya (laut+an)= an merupakan imbuhan akhiran.

c. sisipan
1. sisipan ialah imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar.
2. contohnya (g+em_uruh)= em merupakan imbuhan sisipan pada ayat/ perkataan guruh.

d. apitan
1. apitan ialah imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan pada belakang kata dasar.
2. contohnya (ke+duduk+an)= ke.....an merupakan imbuhan apitan.

e. morfem kosong
1. ada morfem yang berubah fungsi nahunya tanpa apa-apa perubahan pada bentuknya.
2.contohnya dalam bahasa enggeris. jamak akhiran s,,menunjukkan kuantiti yang banyak( book=books).

f. bentuk fleksi
1. bentuk fleksi ialah imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu.
2. contohnya dalam bahasa enggeris. perkataan tunggal dijamakkan dengan menambahkan imbuhan fleksi pada akhiran perkataan (boy=boys) 


perkataan
1. perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.
2. perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan.
3. contohnya, +pelajar++itu++sudah++menjadi++mahasiswa+.  sempadan perkataan ini bersifat abstrak, iaitu hanya wujud dalam fikiran dan tidak ditandai apabila menggunakan perkataan, baik dalam tulisan ataupun pertuturan.

 jenis perkataan.
a. kata tunggal
b. kata terbitan
c. kata majmuk
d. kata ganda

a. kata tunggal
1. kata tunggal ialah kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain.
2. contohnya, itu, sudah. perkataan berikut tidak mempunyai imbuhan, ini bermakna perkataan tersebut ialah kata dasar.
3. jenis kata tunggal.
a.kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat. contoh(itu,sudah,saya).
b. jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. contoh(di mana?,untuk siapa?,ke Johor).
c. kata akronim ialah perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan dan memebentuk satu perkataan yang utuh. contoh (Mara=Majlis Amanah Rakyat) (NATO=North Atlantic Treaty Organization).

b. kata terbitan 
1. kata terbitan ialah bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan, iaitu mendapat atau menerima imbuhan, awalan,akhiran, sisipan, dan sisipan.
2. contohnya (men+dukung). perkataan dasar ialah dukung..dan melahirkan kata terbitan mendukung hasil daripada penggabungan awalan+kata dasar tadi.

c. kata majmuk
1. kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
2. contohnya. air mata
meja makan
kerani kanan
bendahari kehormat

d. kata ganda
1. kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
2. contohnya (kanak-kanak, memperkecil-kecil, bertubi-tubi).